PHNOM PENH, 6 DIS: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba kira-kira pada jam 12.15 tengahari waktu tempatan di Kemboja untuk menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) ke-20 yang akan diadakan di Sokha Phnom Penh Hotel & Residence pada Sabtu.
Rombongan beliau yang juga Presiden RISEAP disertai Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib, Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin serta yang lain.
Ketibaan Premier Sarawak dan rombongan disambut Duta Malaysia ke Kemboja, Shaharudinn Onn.
Perhimpunan itu nanti turut dihadiri Setiausaha Kehormat RISEAP Dato Mohamad Marzuki Mohamad Omar.
Pada sebelah petang, Premier Sarawak akan menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Majlis Perhimpunan Agung RISEAP Ke-20 di Sokha Hotels & Resorts.